Menerusi satu perkongsian di Instagram, bekas pelakon Zul Yahya meluahkan rasa terkilan apabila masjid dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
BACA: Zul Yahya Cadang Pesakit Covid-19 Dikuarantin Di Masjid
“Allah hu Akbar.. Astaufiruallah al azim.. Aku pernah bermimpi masjid dipenuhi ular.. wallahi demi Allah.
“Aku tak percaya pada mimpi, bagi aku mimpi ini hanya mainan tidur, kadang-kadang mungkin aku tak jaga adab tidur, tapi mungkin ada maksud disebaliknya,” tulisnya.
Perkongsian Zul itu mendapat pelabagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengannya. Malah, ada yang mempertikaikan apabila orang ramai bebas keluar masuk tanpa mengambil kira adab ketika di dalam masjid.
Sementara itu, perkara itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Menerusi satu posting, Dr Zulkifli berkongsikan entri suasana masjid di Kuching, Sarawak apabila ada yang membawa selipar yang dimasukkan di dalam plastik ke masjid.
Kata Dr Zulkifli, ia adalah suasana biasa di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dimana selipar dalam plastik dibawa masuk bersama.
Assalamualaikum.
? Ini gambar di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak
? Selipar & kasut dimasukkan dalam plastik & penerima vaksin bawa bersama ke dalam masjid
? Selipar/kasut dalam plastik & dibawa bersama dlm masjid adalah suasana biasa di Masjidil Haram & Masjid al-Nabawi https://t.co/vRUIdt08NC— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) June 22, 2021