Zul Ariffin ‘Tersasul’ Doa Nak Empat Isteri Di Jabal Rahmah

Umum mengetahui, pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin kini sedang berada di Tanah Suci bersama keluarga bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zul memuat naik video memaparkan dia sedang berdoa di Jabal Rahmah agar dikurniakan jodoh.

BACA: Netizen Kecewa Rakyat Malaysia Lebih Kenal Zul Ariffin Daripada Bapa Kemerdekaan

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian Zul berseloroh agar agar dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa. Namun, Zul berkata dia hanya berseloroh dan hanya mahu satu isteri sahaja dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Allahumma Zawwijni Arba’a (Ya Allah kurniakanlah daku empat orang isteri). Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh).

“Kadang-kadang apabila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca. Jom kita doa banyak-banyak tak kira di mana sekali pun,” katanya.

Perkongsian Zul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan agar pelakon dipertemukan jodoh dan dipertemukan pasangan yang baik. 

×