Penantian buat peminat Zizan Razak untuk melihat dia dan pasangan bersatu melalui ikatan sah perkahwinan akan diketahui apabila Zizan sudah bersedia nanti. Namun dalam masa yang sama, pelawak ini menafikan bahawa hubungan dia dan bakal isterinya renggang.
BACA: Zizan Razak Tangguh Kahwin?
“Alhamdulillah, hubungan masih baik seperti biasa. Dia sibuk bekerja, saya juga sibuk dengan tuntutan sebagai artis. Hasrat untuk mengahwininya tidak pernah terhenti bagaimanapun belum mendapat tarikh yang sesuai,” kata Zizan melalui sisipan B*Pop di akhbar Berita Harian.
Selain menyatakan peminat dan orang ramai akan tahu mengenai bakal isterinya apabila sampai waktunya nanti, Zizan dalam masa yang sama memberikan jawapan bahawa tarikh perkahwinan akan ditetapkan oleh ibunya apabila sudah bersedia nanti.
Selain itu, pengacara ini juga menjelaskan bahawa dia tidak berdendam dengan bekas kekasihnya, Emma Maembong selain beranggapan perkara tersebut sudah menjadi sejarah di dalam kehidupannya, menjadikan dirinya lebih dewasa. (rtky/s)