Zila Bakarin Sanggup Tolak Tawaran Daripada Buka Tudung

Tampil manis berhijab sejak tahun lalu, pelakon Zila Bakarin mengakui pernah ditanya oleh pekerja belakang tabir sama ada dia rela untuk membuka tudung ketika berlakon.

Zila mendedahkan soalan itu muncul apabila ada beberapa pelakon bertudung, bersetuju untuk membuka tudung semata-mata untuk menjayakan watak diberikan. Namun, dia tidak akan sekali-kali membuka tudung dan meminta agar mencari pelakon lain.

BACA: Mahu Jadi Muslimah Yang Baik, Zila Bakarin Mula Jaga Batas Pergaulan

“Jawapan saya, kalau nak kena buka tudung, cari orang lain,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak menyedari bahawa perkara seperti itu wujud dalam industri, bagaimanapun, Zila berkata dia tidak mengetahui siapa pelakon yang dimaksudkan itu.

“Saya sendiri pun tak tahu yang situasi ini memang berlaku. Apabila dimaklum dan diajukan soalan begitu, baru saya tahu.

“Tapi, sampai ke hari ini saya masih tak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan,” katanya.

Kata Zila lagi dia tidak hak untuk memberi komen mengenai perkara itu dan itu pilihan individu tersebut untuk membuka tudung.

“Saya pun tak pandai sangat dan masih belajar. Kalau mereka terbuka untuk menanggalkan tudung ketika berlakon, itu hak mereka.

“Tapi, kalau tanya saya, saya tak mahu dan kalau terpaksa tolak tawaran itu, saya akan tolak dan anggap ia bukan rezeki saya,” katanya.

×