Zarina Zainuddin Syukur Anak Dapat Keputusan SPM 6A

Umum mengetahui hari ini hari ini keputusan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) telah pun keluar. Sudah pasti, keputusan SPM anak-anak selebriti menjadi perhatian ramai.

Turut menjadi perhatian, pelakon Zarina Zainuddin berkongsikan keputusan SPM anaknya, Muhammad Adam Azrai yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 6A dalam peperiksaan berkenaan.

BACA: Zarina Zainuddin Doakan Bella Astillah & Aliff Aziz Bersatu Semula

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Sementara itu, Zarina mengatakan dirinya mungkin tidak begitu bijak dalam pelajaran namun sebagai ibu dia akan pastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

“Adam dah dapat keputusan SPM dapat 6 A 2 B + Syukur. Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat.

“Ibu tak pandai biarlah anak pandai semua ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya .. saya doakan anak-anak kita semua berjaya ,amin,” tulisnya.

Perkongsian Zarina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah diatas kejayaan anak pelakon itu.

×