Zara Zya Nafi Nikah Di Thailand

Pelakon Zara Zya meluahkan kesal apabila timbul dakwaan dia sudah pun bernikah di Thailand.

Menerusi perkongsian di Threads, Zara berkata dia tidak tidur lena memikirkan dakwaan berkenaan serta menyifatkan ianya tuduhan berat serta fitnah. Tegas Zara lagi, dia belum berkahwin seperti didakwa dan tidak pernah berkahwin.

BACA: “Ada Ayah Tapi Macam ‘Tiada’ Sebab Dia Suka Hina Saya “- Zara Zya

Sementara itu, memetik mStar Online, Zara berkata tuduhan tersebut mengaibkan serta mencalarkan nama baiknya sebagai seorang selebriti.

“Bagi saya ia agak mengaibkan. Saya tak pernah bernikah sorok-sorok di Thailand,” katanya.

Sementara itu, Zara tidak tahu mengenai fitnah berkenaan dan hanya diberitahu oleh rakannya. Lebih mengejutkan apabila ada pihak mendakwa ada sijil nikah sebagai bukti.

“Saya tak kenal siapa yang mulakan khabar angin itu tapi ia disampaikan oleh orang-orang terdekat saya. Saya biarkan saja ia berlalu.

“Namun perkara ini semakin serius selepas individu berkenaan mendakwa kononnya ada bukti sikil nikah kami di Thailand,” katanya.

Dalam pada itu, Zara mengakui perkara tu sedikit sebanyak menganggu emosiknya namun sedia untuk bersemuka dengan individu berkenaan untuk selesaikan isu berkenaan.

SUMBER: mStar Online

×