Zamarul Hisyam & Diana Rafar Sah Kembali Rujuk

Sinar Harian petang ini melaporkan yang Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menerima lafaz rujuk dibuat Zamarul Hisyam pada 14 Februari lalu terhadap Diana Rafar.

Hakim Syarie, Mohd Hisham Zakaria telah mengesahkan lafaz itu pada jam 3.00 petang tadi berdasarkan Seksyen 61 Enakmen Keluarga Islam 2013. Pasangan Zamarul Hisham & Diana Rafar memakai pakaian serba hitam tiba berasingan ditemani oleh keluarga masing-masing.

BACA: Jodoh Kuat, Diana Rafar & Zamarul Hisham Nikah Semula 16 Mei Ini?

Pada 16 Januari yang lalu, Diana Rafar memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Shah Alam selepas enam tahun hidup bersama. Sepanjang bersama, pasangan itu juga turut dikurniakan seorang anak lelaki, Kashfi Haikal berumur 5 tahun. (rtky/m)

×