Pelakon Raja Afiq berkata dia akan sedaya upaya mengelakkan dirinya terpalit dengan kontroversi kerana dia percaya ianya akan terus berada di internet.
Memetik Oh Bulan, Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Bin Raja Razali berkata dia mahu namanya dikenali ramai kerana bakat lakonannya dan bukan disebabkan kontroversi.
BACA: Setahun Tiada Tawaran Berlakon, Raja Afiq Kini Pekerja Am Di Bank
“Bagi saya kalau kontroversi tu baik tak apa, tak nak lah yang tak berapa elok. Saya percaya bila terjadinya kontroversi membabitkan diri kita, sampai bila-bila benda tu ada tertulis di Internet.
“Benda tu saya nak elakkan. InsyaAllah, saya tak nak ada kontroversi tapi perkara akan datang kita tahu apa terjadi. Kalau boleh saya nak orang kenal saya dengan bakat berlakon saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Raja Afiq juga berpendapat pada zaman sekarang mereka yang mempunyai kontroversi lebih ‘diangkat’ daripada mereka yang berbakat besar.
“Tapi tak dinafikan, kontroversi tu ada kelebihan dan kekurangannya. Zaman sekarang kontroversi dikedepankan, bakat dilupakan. Sebab tu lah kita tengok, ramai pelakon berbakat ke belakang,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan