Zahnita Wilson Mengaku Yang Suami Tidak Mahu Cerai

Pelakon dan juga model, Zahnita Wilson menyatakan kehidupannya kini bahagia bersama suami dan anak-anak biarpun sebelum ini dia pernah berdepan dengan konflik rumah tangga sehinggakan dia pernah nekad untuk hidup sendiri.

BACA: Zahnita Wilson Mohon Cerai

“Hidup ini biasalah, pasti ada pasang surutnya. Saya juga tak sempurna. Pernah nekad seperti mahu hidup sendirian dan boleh berdikari, tetapi suami saya tidak mahu lepaskan saya. Perasaan sayang itu masih ada antara kami dan lebih penting kami berdua ada zuriat yang masih memerlukan kasih sayang serta cinta”

“Malah ketika berlaku kehambaran dalam rumah tangga kami, saya sendiri keliru dengan apa yang patut dibuat dan sebaliknya. Saya sendiri tak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan saya tak boleh sewenang-wenangnya menghalang cinta bapa kepada anak itu daripada terus disekat.

“Kami memang bergelut beberapa tahun lalu tapi Alhamdulillah semuanya kian pulih. Kami masih bersama. Benar tak semudah itu untuk melepaskan kenangan bersama dan membina kehidupan baharu. Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya,” katanya yang dipetika daripada portal Malaysian Digest.

Selain itu, Zahnita juga menyifatkan perkara yang terjadi turut menguji kesetiaan dan cintanya kepada pasangan. Kini Zahnita sibuk dengan tanggungjawab sebagai isteri dan juga menguruskan anak-anak. (rtky/s)

×