“Ya Allah Please Bring Back The Old Me, I’m So Lost…”

Minggu lalu, pelakon Mawar Rashid mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tidak lagi berhijab di Instagram semalam selepas tiga tahun membuat keputusan untuk bertudung.

Terbaru, perkongsian Mawar di Insta Story menjadi perhatian dimana dia memohon kepada Allah agar kembalikan dirinya yang dulu serta mengatakan dia seakan berada dalam keadaan keliru.

BACA: “Mawar Tahu Apa Yang Saya Mahukan Dalam Perkahwinan”

“Ya Alalh Ya Tuhanku, please bring back the old me. I’m so lost  in our world. I’m fighting. And i’ll keep fighting. Please pray for me,” tulisnya.

Terdahulu, Mawar tampil memberi penjelasan mengenai keputusannya itu yang dianggap bukan tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.

Sementara itu, Mawar turut memohon maaf buat mereka yang kecewa dengan keputusannya itu. Katanya lagi, dia sudah cuba istiqamah dalam berhijab namun gagal.

×