Pelakon Fattah Amin menjelaskan kehadiran perunding perkahwinan terkenal pada majlis sambutan rumah terbukanya semalam tiada membawa berita gembira.
Memetik Harian Metro, Fattah berkata kehadiran perunding perkahwinan sekadar kenalan lama yang hadir ke acara rumah terbukanya.
BACA: Budak Baik & Solat Tak Tinggal, Pekin Yakin Fattah Amin Bukan Playboy
“Mereka adalah kenalan lama saya dan pengurus. Jadi sempena sambutan rumah terbuka ini saya jemput klien yang pernah atau sedang saya bekerjasama untuk hadir.
“Saya juga ada mengajak kenalan dan peminat untuk memeriahkan acara ini. Kalau ada apa-apa nanti saya beritahu kalian (media),” katanya.
Sementara itu, Fattah mengakui hubungan keluarganya dengan penyanyi Amira Othman semakin rapat selepas bertemu dalam beberapa majlis dan dia juga sudah mengenali keluarga Amira.
“Selepas beberapa majlis, keluarga kami sudah saling mengenali. Saya pun dah kenal keluarga Amira, begitu juga dengan dia. Rasanya tak salah sebab dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga,” katanya.
SUMBER: Harian Metro