Pelakon dan penyanyi Amira Othman berkata dia menyedari mungkin ada pihak yang kurang senang melihat kemunculannya bersama aktor Fattah Amin.
Memetik Harian Metro, Amira bagaimanapun menghormati pandangan yang diberikan orang ramai namun dia sedar tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
BACA: Netizen Terpesona Tengok Wajah Amira Othman Tak Mekap Ketika Live
“Setiap orang ada pendapat mereka yang tersendiri. Jadi, apabila saya kerap bersama dengan Fattah untuk beberapa penampilan, mungkin ada yang kurang selesa. Ada juga yang gembira untuk mendengar dan melihat.
“Saya tak mampu nak memuaskan hati semua pihak. Cuma kalau ada komen yang memberikan kebaikan, saya menerimanya dengan hati terbuka.
“Tapi kalau komen itu hanya untuk membuatkan saya terkesan, saya tidak akan ambil peduli kerana saya percaya peminat ini, sebaik mereka memilih untuk menjadi peminat, mereka akan terus menyokong saat susah dan senang,” katanya.
Dalam pada itu, Amira berkata dia memohon maaf jika ada yang kurang selesa namun dia akan cuba menjaga baik namanya serta keluarga.
“Saya sangat menghargai peminat yang sentiasa ada saat susah dan senang. Kalau ada yang kurang selesa, saya mohon maaf, tapi saya akan sedaya upaya menjaga reputasi nama saya dengan baik kerana saya tidak membawa nama saya seorang.
“Saya sedar ada yang kurang senang, tapi saya akan cuba menjaga batas diri dan kalau ada salah silap, saya memohon maaf,” katanya.
SUMBER: Harian Metro