Tahun ni makin meriah bila Sunway Malls umumkan pusat beli-belah ke-10 mereka iaitu Sunway Square Mall, yang dijangka buka pada September 2025.
Lokasinya strategik gila sebab terletak betul-betul bertentangan dengan Sunway Medical Centre dan Sunway University. Mall ni sangat besar dengan keluasan 300,000 kaki persegi, empat tingkat penuh dengan kedai dan spot lepak menarik!
Apa yang buat Sunway Square Mall ni lain dari yang lain? Bukan sekadar tempat membeli-belah je tapi ia juga adalah gabungan gaya hidup santai, hiburan dan makanan best-best yang kini menjadi taruhan utama.
Tambahan pula, mall ni boleh diakses dengan mudah melalui sistem BRT (Bus Rapid Transit) yang moden dan efisien.
Antara port power yang bakal ada nanti termasuk:
- Village Grocer
- TGV Cinemas
- BUMP Bouldering
- The Library by BookXcess
- Tutu Toe Dance Academy
- GoFit
- Dan banyak lagi!
Yang paling bestnya ada 150 kedai dan 3,000 parking bertingkat. Confirm tak pening nak cari parking!
Mall Baru, Gaya Baru
Sunway Square Mall ni bukan biasa-biasa. Dibina sekali dengan menara komersial kembar, dewan persembahan bertaraf dunia (1,200 seats) dan perpustakaan 24 jam. Memang total package! Kedudukan strategik depan tasik Sunway South Quay tu pula buatkan view pun padu.
CEO Sunway Malls, HC Chan, berkata, mall ni sebahagian dari Sunway Square, satu pembangunan mega gabungkan pendidikan, komersial dan gaya hidup dalam satu tempat. Sesuai sangat la dengan Sunway City yang memang dah dikenali sebagai hab pelajar dan universiti terkemuka.
Zaman sekarang orang datang mall nak chill, minum kopi, makan sedap, selfie cantik-cantik dan join aktiviti. Tu sebab Sunway Square Mall fokus pada hiburan dan makanan (F&B). Malah, 25% daripada kedai dalam mall ni adalah F&B.
Reka bentuk mall ni pula artistik gila dan sesuai dengan generasi TikTok & Instagram yang suka kongsi moment rare dan aesthetic.
Lagi Mall Bakal Menyusul
Sunway Malls tak berhenti kat situ. Diorang tengah rancak bina dua lagi mall besar:
- Sunway Pier (400,000 kaki persegi, Pelabuhan Klang – siap 2027)
- Sunway Ipoh Mall (1.2 juta kaki persegi – siap 2027 juga)
Menjelang 2028, akan ada satu lagi mall besar sebelah stesen RTS Bukit Chagar, JB. Semua ni akan boost jumlah mall di bawah Sunway Malls jadi 13 buah dengan jumlah keseluruhan 8.2 juta kaki persegi. Fuh!