Penyanyi Yasin Sulaiman terlepas hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.

Memetik Sinar Harian, mahkamah bagaimanapun mengarahkan Yasin ditempatkan di bawah jagaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak mengikut tempoh perkenan sultan.

BACA: Yasin Sulaiman Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Selepas keputusan dibaca, penyanyi berusia 50 tahun itu melemparkan ‘flying kiss’ kepada ahli keluarga dan peguamnya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik di atas kejayaan tersebut.

Sebaik saja keputusan dibacakan ahli keluarga termasuk anak perempuannya yang berusia 17 tahun tersenyum dan melakukan sujud syukur di galeri awam mahkamah.

Pada 22 Ogos 2024, Yasin dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.

SUMBER: Sinar Harian

×