“Yang Cakap Epidural Cheat Code Tu Pernah Beranak Tak?”

Pelakon Elisya Sandha menyembur kenyataan seorang pempengaruh yang didakwa melabel ibu bersalin yang mengambil epidural ketika melahirkan anak sebagai cheat code.

Memetik Oh Bulan, Elisya turut mempersoalkan adakah individu tersebut pernah merasai pengalaman bersalin sehingga sanggup berkata sedemikian.

BACA: Bakal Timang Anak Lelaki, Suami Bawa Elisya Sandha Tunai Umrah Tanda Penghargaan

“Amboi! Dia yang cakap tu pernah mengandung atau beranak tak? Suka hati je nak cakap macam tu. Kalau bab bersalin ni saya memang emosi. Awak lelaki, awak tak pernah ada dekat tempat perempuan yang mengandung dan bersalin,” katanya.

Sementara itu, Elisya beranggapan kenyataan tersebut seolah satu penghinaan serta meminta untuk berfikir terlebih dahulu sebelum berkata sesuatu.

“Awak boleh cakap epidural tu cheat code? Itu satu penghinaan lah. Nak cakap tu fikir lah dulu. Awak pergi lah tanya mana-mana perempuan, kalau bukan bekas isteri awak pun, pergi tanya kawan ke mak awak ke, tanya diorang apa beza kalau pakai epidural dan tidak,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila seorang pempengaruh media sosial dikecam selepas tersebar mesej perbualannya melabel ibu hamil yang mengambil suntikan epidural ketika melahirkan anak sebagai  ‘cheat code’.

SUMBER: Oh Bulan

×