Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki berkongsi berita gembira dia dan isterinya Datin Marcella menimang cahaya mata perempuan.
Memetik Oh Bulan, Afdlin berkata mereka menimang cahaya mata pada Ogos tahun lalu dan meluahkan rasa syukur di atas kelahiran zuriat itu.
BACA: Afdlin Shauki Rasa Bahagia & Tenang Lepas Kahwin
“10 bulan lepas, saya menimang seorang cahaya mata. Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana mendapat rezeki seorang anak perempuan,” katanya.
Sementara itu, Afdlin berkata bergelar bapa di usia lebih matang agak berbeza namun gembira diberi peluang dan dapat menjaga anak kecil.
“Perasaan saya ada anak kecil ketika di usia sekarang, sangat seronok seperti diberi peluang kedua untuk menjadi seorang bapa. Saya rasa sangat gembira dapat menjaga anak kecil pada umur sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Afdlin berkata dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya kepada umum dan mungkin akan berkongsikan apabila usia anaknya mencecah usia dua tahun.
“Bila umur dia nak lebih dua tahun, baru saya akan tunjuk anak saya,” katanya.
Untuk rekod, Afdlin mendirikan rumah tangga dengan Datin Marcella pada Ogos 2023.
SUMBER: Oh Bulan