Perkongsian pelakon Nabila Huda memuat naik video berpelukan dengan bapanya, Amy Search menjadi perhatian ramai apabila memberi bayangan seolah mereka sudah lama tidak berjumpa.
Memetik mStar Online, Nabila berkata pertemuan tersebut disifatkan sangat berharga dan rindunya terhadap bapa akhirnya terubat serta sempat bersalam bermaafan raya.
BACA: Nabila Huda Menangis Teresak-Esak Kucing Kesayangan Akhirnya ‘Pergi’
“Pertemuan itu membuatkan kerinduan saya terlerai terhadap bapa sebab memang sudah lama tidak berjumpa. Ia sangat seronok dan saya dapat salam dan minta maaf raya kepadanya,” katanya.
Sementara itu, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia menerima takdir yang berlaku dan ianya cerita yang tidak berpenghujung.
“Kalau nak cakap mengenai selesaikan masalah itu, saya pun tidak tahu. Saya hanya terima sahaja apa yang berlaku ini. Saya pun sudah penat dan terima apa sahaja yang berlaku. Ini cerita yang tidak ada penghujung,” katanya.
Dalam pada itu, Abil berkata dia sentiasa mendoakan buat bapanya yang tersayang agar sentiasa bahagia, diberikan kesihatan yang baik dan panjang umur.
“Saya selalu doakan dia sentiasa bahagia, macam mana dia doakan saya, saya sentiasa doakan dia supaya dia panjang umur dan sihat.
“Saya nak dia tahu yang saya sayang dia sangat. Saya harap satu hari nanti kita akan bersama, mungkin disini atau mungkin di kehidupan yang lain,” katanya.
SUMBER: mStar Online