Watie Puasa Sunat, Mohon Allah Mudahkan Urusan Shuib Di Mahkamah

Pelawak dan usahawan, Shuib memberitahu isterinya, Watie Hanifiah berpuasa sunat dengan niat memohon agar urusan suaminya dipermudahkan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib berkata dia menyangka isterinya berpuasa kerana mahu berdiet serta mengucapkan terima kasih kepada Watie kerana sentiasa ada bersamanya.

BACA: Shuib, Pengarah Bubblebee Didakwa Gagal Bayar Cukai RM1.6 Juta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Alhamdulillah ada peneman harini. Semoga Allah permudahkan urusan,tapi pastinya ianya satu  pelajaran dan juga ujian dalam kehidupan.

“Harini Mummy puasa sunat katanya,bila ditanya eh kenapa puasa sunat?Diet ke???

“Mummy jawap “Taklah,puasa sunat,nak mintak kat Allah semoga di permudahkan urusan Suami I hari ni. Amin ya Rab. Terima kasih selalu ada dgn Daddy!!! I LOVE U,” tulisnya.

Semalam, Shuib didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan tidak membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti bernilai RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), tahun lalu

×