Watie Mengucap Panjang Netizen Minta Shuib Cari Isteri Baru

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah hanya mampu mengucap panjang apabila ada netizen menuduh dia menjadi punca perubahan sikap suaminya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie bagaimanapun tidak melenting sebaliknya berdoa agar Allah memelihara hati setiap manusia.

BACA: Watie Taja Perbelanjaan Umrah Keluarga, Bukan Guna Duit Syarikat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Dapat banyak mesej langsung (DM) pagi ini, ramai hantar video ini kepada mummy. Bila tengok mengucap panjang sahajalah yang mampu. Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita,” katanya.

Dalam pada itu, Watie turut berkongsi petikan kata-kata sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Ali Abi Thalib: “Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu.”

Dalam hantaran berkenaan, Watie turut memuat naik semula video individu berkenaan yang menuduh Shuib sudah berubah sejak berkahwin dengan Watie.

Dalam video itu, Individu tersebut turut meminta Shuib mencari wanita yang lebih baik untuk dijadikan sebagai isteri.

“Aku nasihatkan tukar bini baru, cari yang lebih solehah. Ops, kau tak layak dapat yang solehah sebab kau pun 2×5,” katanya.

×