Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah membuat pendedahan berani apabila mengakui pernah melakukan pemebdahan pada bahagian hidung sebanyak enam kali.
Menerusi Dol’s Podcast, Watie berkata dia juga tidak terlepas melalui fasa buli ketika zaman sekolah, malah hentuk hidungnya pernah diejek seperti bawang dan ada yang memanggilnya Fati Bawang serta disamakan seperti hidung khinzir.
BACA: “Fesyen Apa La Ni, Berhijab Tapi Pakai Skirt Pendek”
“Sebenarnya hidung saya adalah palsu, dulu hidung saya memang penyek. Adik selalu cakap hidung saya macam bontot. Bila pergi sekolah, kawan buli dan ejek hidung macam bawang.
“Ketika sekolah saya seorang yang berkulit gelap. Dan selalu menagis apabila balik dari sekolah sebab kena buli. Ketika masuk sekolah menengah, lagi teruk saya kena buli.
“Sampai satu tahap saya berazam bila habis sekolah nanti saya nak kerja untuk kumpul duit. Apabila dah ada duit, saya memang nak buat hidung. Kebetulan saya memang ada resdung. Hidung saya sentiasa tersumbat,” katanya.
Dalam pada itu, Watie berkata dia pernah membedah hidungnya di Hatyai, Bangkok dan Korea Selatan, dengan kos pembedahan kira kira RM5,000.
Tambahnya lagi, kos keseluruhan sekitar RM30,000 namun ia tidak termasuk perbelanjaan ke luar negara dan sebagainya.