Watie Menangis Dapat Bunga Dari Shuib, Rasa Diri Dihargai

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang memahami.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie berkata meskipun ada yang dilakukan oleh Shuib dilihat kecil hanya sekadar memberi bunga namun ia amat bermakna buat dirinya.

BACA: “Tidur Asyik Bertiga Je” – Shuib Mengadu Kurang Kasih Sayang Daripada Watie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Nampak simple… tapi bermakna. Kenapa mummy happy setiap kali dapat bunga? Sebab benda itulah dulu mummy paling suka sangat bila dapat tapi paling susah mummy nak dapat. Dulu kena minta baru dapat… #boring hahaha.

“Tapi sekarang Allah kurniakan seorang suami yang sejenis cakap sekali je dari awal kenal sampai sekarang dia ingat. Sampai sekarang dia take note, bini dia sejenis dapat bunga pun dah happy giler, melompat dan kali ini sampai nangis. Sebab lima hari sekali dapat bunga,” katanya.

Sementara itu, Watie berkata dia juga turut terharu kerana setiap kali dia membawa bunga pulang ke rumah membuktikan Shuib tidak pernah melupakan dirinya.

“Terharu sebab bila kita tahu je dia balik rumah bawa bunga untuk kita, itu bermakna dia dekat luar rumah pun dia ingat kita. Usaha berjalan cari kedai bunga, mesti masa nak beli tu perasaan dia pun berbunga-bunga nak beli untuk bini.

“Fikirkan benda itu je dah buat mummy rasa dihargai sangat dan yang lagi best bila kita tengah buat kerja rumah tiba-tiba dapat bunga. Terus rasa satu hari punya penat tu dah ghaib hilang entah kemana. Terima kasih daddy!

×