Wany Hasrita Tak Nak Tayang Suami

Ramai mengagumi penyanyi Wany Hasrita yang menyimpan rapi kisah cintanya sehingga mengejutkan ramai dengan mengumumkan mengenai pernikahannya pada Jumaat lalu.

Memetik Media Hiburan, Wany berharap tindakannya dala?m merahsiakan perhubungan sehingga sah bergelar suami isteri dapat dicontohi oleh mereka di luar sana.

BACA: Netizen ‘Bitter’ Wany Hasrita Terpikat Dengan Suami Sebab Buat Lawak Kartun

“Sebenarnya saya berahsia sebab pengalaman sebelum ini. Kalau tak pasti, tak sah (jangan kongsi) sebab tak rugi apa pun sebenarnya.

“Kalau kongsi tetapi tak jadi nanti kena padam satu-satu. Harap sedikit sebanyak menjadi contoh kepada orang di luar sana,” katanya.

Dalam pada itu, Wany berkata dia turut mengikut pesanan ibunya supaya tidak terlalu menayang kebahagiaan kepada orang luar. Ujarnya lagi, dia akan tetap meneruskan prinsip tersebut selepas berkahwin.

“Saya gementar juga nak cakap, takut-takut kalau terbuat nanti. Tapi saya bersetuju sebab ibu pun dah pesan, bahagia jangan tunjuk, derita pun jangan tunjuk. Macam gambar raya bolehlah saya kongsikan,” katanya.

×