Sejak semalam hangat diperkataan di aplikasi X mengenai pelakon Uqasha Senrose berkenaan isunya didakwa membuli bekas rakan sekolah.
Menerusi entri dikongsikan seorang wanita mendedahkan wanita yang mendakwa pernah dibuli Uqasha telah meninggal dunia. Difahamkan, individu tersebut dipercayai rakan kepada arwah.
BACA: Uqasha Senrose Kesal Dituduh Pembuli Zaman Sekolah
Menurutnya, arwah meninggal dunia pada 31 Oktober lalu dan seakan menyalahkan Uqasha di atas apa yang berlaku kepada rakannya.
Individu itu tersebut turut mendedahkan rakannya itu berdepan kesukaran dalam hidup, tekanan serta sakit yang tidak boleh sembuh.
Sementara itu, Uqasha dilihat meninggalkan komen pada ciapan individu berkenaan mahu bertemu dengannya bagi menyelesaikan isu tersebut.
Dalam pada itu, ketika sesi siaran langsung di TikTok, Uqasha berkata dia cuba memaafkan wanita yang sudah meninggal dunia.
“Saya tidak ingat wanita yang mendakwa saya membuli dengan memegang bahagian dada dan sebagainya ketika di sekolah dulu. Saya dikhabarkan dia meninggal dunia baru-baru ini.
“Ketika saya cuba memaafkan dan reda dengan berita kematiannya, timbul pula cerita kawannya yang mengaitkan saya dengan punca kematian wanita itu,” katanya.
Tambah Uqasha lagi, jika dirinya menjadi punca mengapa baru sekarang perkara itu didedahkan kepada umum mengapa tidak 15 tahun yang lalu.
“Kenapa saya pula dipetik sebagai punca kematian sedangkan saya tidak tahu-menahu langsung. Jika saya puncanya, kenapa baru sekarang? Kenapa bukan 15 tahun dulu? Hanya kerana saya artis dan dikenali, tidak boleh sewenang-wenangnya dia menuduh saya,” katanya.