Wani Comel Hidap Komplikasi Jantung Bengkak

Selepas dikejarkan ke hospital baru-baru ini akibat jangkitan kuman pada paru-paru, gadis obesiti dikenali sebagai Wani Comel disahkan menghidap komplikasi jantung bengkak.

Perkara itu dimaklumkan Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim menerusi Instagram miliknya lewat petang tadi. Ujarnya, dia akan melakukan rawatan susulan ke hospital pakar.

BACA: Tak Tahan Dihina, Wani Comel Mahu Saman Netizen

“Semua sedia maklum saya yang didiagnos menghadapi jangkitan kuman di paru-paru baru baru ini.

“Hari ini (Rabu) setelah dilakukan pemeriksaan lanjut sekali lagi, terhadap saya oleh pihak Hospital Putrajaya, saya didapati menghadapi komplikasi jantung bengkak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan kompliksi tersebut ke hospital pakar seterusnya,” katanya.

Wani berkata dia kini sudah dibenarkan pulang sementara menunggu untuk rawatan susulan berkaitan jantung. Wani turut meminta orang ramai mendoakan kesihatannya dan segala urusan dipermudahkan.

“Buat masa ini saya dibenarkan pulang, sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini.

“Tolong doakan saya. Ya Rahman, Ya Rahim… Aku berserah kepadaMu. Terima kasih semua yang telah mendoakan saya dan bersama saya dengan kata-kata semangat.Saya amat hargainya dunia akhirat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian,” katanya.

×