Wakil BTS Army Mohon Maaf, Akui Terlalu Teruja

Siapa yang menonton ABPBH 32 pada Ahad lalu, pasti tahu satu kategori baru dipertandingkan iaitu Artis Korea Popular. Seperti sudah dijangka kategori itu dimenangi oleh kumpulan kpop BTS.

Bagaimanapun, aksi teruja wakil kelab peminat kumpulan kpop terkemuka itu semasa menerima trofi kemenangan menimbulkan rasa kurang senang penonton. Rata-rata penonton menyifatkan aksi wanita itu terlalu over.

BACA: “Seram Tengok Baju Stacy, Dah Macam Telanjang”

Bagaimanapun wakil Army yang dikenali sebagai Mastura Jamil itu mengakui kesilapannya yang tidak melakukan sebarang persiapan untuk naik ke pentas menerima trofi.

“Pada awalnya saya hanya datang sebagai penyokong, sehinggalah BTS diumumkan sebagai pemenang dan wakil Berita Harian minta untuk saya naik ke pentas menerima trofi.

“Memang saya tak buat apa-apa persiapan, baik ucapan mahupun pakaian. Mungkin kerana terlalu teruja sampaikan nampak macam over pula. Iyalah, siapa yang tak excited apabila penyanyi kesayangan menang sesuatu anugerah.

“Saya sedar ramai yang kecam di laman sosial, sebagai manusia biasa saya nak memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan apa yang saya lakukan,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, wanita berusia 50 tahun itu berkata dia tidak berkecil hati dengan kecaman netizan terhadap dirinya. Mula mengenali BTS melalui anaknya, Mastura menyangkal dakwaan kononnya pihak penganjur mahu menumpang populariti BTS.

“Lantaklah orang nak kata apa pun, niat saya pada waktu itu hanya naik atas pentas untuk ambil trofi bagi pihak BTS,” katanya.

×