Pasti ramai yang mengenali dua pelakon yang cukup hebat pada era 90 an ini iaitu Rashdan Baba dan Zuraini Kasim. Namun, tidak dinafikan, kedua pelakon itu memiliki wajah seiras hingga sukar untuk dibezakan.
Baru-baru ini, pelakon Rashdan Baba ada memuat naik video di aplikasi TikTok bersama Zuraini Kasim di sebuah restoran menjadi bualan ramai.
@rashdanbaba69 JANGAN Salah org Lagi ye? ???#fyp #jomfollow #rbdteam#jomlikeramai2 #fyp?
? original sound – Rashdanbaba69 official – Rashdanbaba69 official
“Saya Rashdan Baba dan saya Zuraini Kasim . Haaaa pening kan, lepas ini tak mahu keliru dah. Kena tengok betul-betul,” ujar mereka.
Perkongsian Rashdan Baba itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui sememangnya sukar untuk membezakan kedua wajah pelakon tersebut sejak dari dulu lagi.
Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa rindu untuk melihat kedua pelakon hebat untuk muncul di kaca televisyen apatah lagi mereka sangat popular sekitar 90an.