Video Mirip Haneesya Hanee Minum Di Kelab Malam Tersebar?

Baru saja beberapa hari lalu dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 dan diangkat sebagai ikon remaja, nampaknya Haneesya Hanee sudah mula terpalit dengan kontroversi panas.

Menurut laporan MHETV, tular video di media sosial memaparkan wajah seorang gadis mirip Haneesya serta dua lagi gadis mirip dua perserta Dewi Remaja iaitu Fazreen Fazera dan Erni Shahira yang kelihatan sedang berparti sakan sambil memegang segelas air dipercayai minuman keras.

BACA: Finalis Dewi Remaja Haneesya Hanee Dikutuk Hitam Macam Afrika

https://youtu.be/lEcOLAX102g

Penularan video tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen yang mempersoalkan kreadibiliti peserta Dewi Remaja dan bagaimana gadis seperti itu boleh diangkat sebagai ikon. Kata netizen lagi, ia boleh memberi pengaruh buruk terutama buat gadis seusia mereka.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada video yang tersebar itu adalah Haneesya ataupun tidak. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada apa-apa penjelasan daripada Haneesya.

×