Penyanyi Adira Suhaimi berkata bekas suaminya iaitu Datuk Red kini merupakan versi yang paling terbaik selepas mereka tidak lagi bergelar suami isteri sejak April lalu.
Memetik HibGlam, Adira berkata dia menerima baik apabila ramai yang mendoakan mengenai hasrat Datuk Red yang mahu memperisterikannya selepas Aidilfitri tahun depan.
BACA: “Memang Betul Saya Seorang Janda” – Adira Tak Kisah Gelaran Janda
“Kalau doa yang baik-baik ini, saya aminkan sahaja. Ada jodoh, insya-Allah. Kalau tiada jodoh pun, saya akan tetap kehidupan sebagai ibu tunggal.
“Saya boleh cakap, versi Datuk Red yang sekarang adalah yang paling terbaik. Insya-Allah, dan saya percaya dia masih nak belajar lagi. Dia lebih santai dan pandai bergurau,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada dia rasa sunyi selepas bergelar ibu tunggal, Adira berkata dia terlalu sibuk dan tidak mahu melayan perasaan.
“Sebenarnya, saya terlampau sibuk bekerja. Tak sempat nak rasa benda-benda begitu (sunyi). Jarang di rumah. Contohnya, saya keluar siang anak-anak masih tidur dan saya balik malam waktu anak-anak dah tidur.
“Saya kalau ada masa di rumah, tak nak layan perasaan (sunyi). Saya layan benda-benda yang sihat sebab saya mahu terus bekerja,” katanya.
SUMBER: HibGlam