Selamat menimang cahaya mata sulung pada 8 September lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui terkejut dan masih kekok untuk uruskan anak lelakinya, Raja Urhan.
Memetik Harian Metro, Uyaina berkata apa yang dipelajari sebelum bersalin adalah berbeza dan masih tidak tahu apa yang anaknya mahukan.
BACA: Uyaina Arshad Selamat Bersalin Anak Lelaki
“Saya masih tak tahu apa yang dia nak… Raja Urhan pun masih tak pandai menyusu badan, malah saya sendiri masih tak pandai nak pegang kerana dia sangat lembut.
“Kalau dia menangis pun saya masih ‘blur’ . Pada minggu pertama saya agak terkejut kerana banyak benda yang saya tak tahu.
“Sebelum bersalin saya memang kerap baca buku, menonton YouTube dan dengar pendapat orang lebih berusia mengenai cara menguruskan anak, tapi bila diri sendiri lalui saya hilang kata-kata,” katanya.
Meskipun berdepan cabaran dalam menguruskan anak, namun Uyaina berkata dia perlu memastikan keadaannya baik sepanjang tempoh berpantang.
“Dalam tempoh berpantang ini saya juga suka makanannya, bertungku, urut dan macam-macam lagi proses yang perlu saya lakukan bagi memastikan keadaan diri saya sihat,” katanya.
Terdahulu, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan pelakon Raja Syahiran pada 20 Disember tahun lalu. Uyaina selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 8 September lalu.