Ustaz, Ustazah Tergamam Dengar Mimi Fly Mengaji Al-Quran

Penyanyi Mimi Fly menjadi perhatian ramai selepas mengalunkan ayat suci Al-Quran menerusi program Geng Ngaji musim keenam.

Menerusi video dimuat naik di Instagtam Tazkirah Malam Jumaat, Mimi membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.

BACA: Mimi Fly Lancar Semula Serumpun, Tiada Versi Berkemban

Bacaan Mimi itu sekaligus membuatkan panel program berkenaan tercengang serta tidak menyangka penyanyi itu bukan saja mempunyai bakat dalam nyanyian tetapi hebat mengaji.

“Masya-Allah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka bila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi bila dia mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya,” kata Ustaz Tarmizi.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen turut terkejut serta memuji bacaan Mimi dan mengatakan bacaan penyanyi itu sampai ke dalam jiwa.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji Mimi yang dilihat manis bertudung serta berharao agar penyanyi itu diberikan hidayah untuk mengenakan hijab.

×