Hampir sebulan menimang cahaya mata sulung, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli mengumumkan nama anak mereka iaitu Hawra Uqaira.
Membuat pendedahan tersebut menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha, Kamal mendedahkan dia memilih nama Hawra membawa maksud suci seperti cantik, putih dan bersih manakala Uqaira dipilih oleh Uqasha.
BACA: Uqasha Senrose Selamat Bersalin Anak Sulung, Pilih Nama Uqaira
“Nama Hawra itu saya yang pilih, Uqasha ambil Uqaira… Kita ambil seorang satu. Adillah, tak payah berebut. Hawra maksudnya putih, bersih, cantik,” katanya.
Menurut Uqasha, nama Uqaira membawa maksud kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan, selain ada makna harum dan wangi.
Sementara itu, Kamal berkata mereka tidak mahu meletakkan nama terlalu panjang dan keluarga memanggil anak mereka Uqaira yang sudah diumumkan terlebih dahuu.
“Ini yang mana, nama Uqaira sudah diumumkan terlebih dahulu. Maka, habis semua panggil Uqaira, dah tertinggal Hawra. Nama tak boleh panjang-panjang sangat. Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” katanya.
Terdahulu, Uqasha selamat melahirkan cahaya mata sulungnya itu pada 27 April lalu. Untuk rekod, Uqasha Senrose mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
SUMBER: BH Online