Selepas empat tahun menantikan cahaya mata, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Pendedahan itu dibuat oleh pasangan tersebut menerusi majlis gender reveal yang disiarkan menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha.
BACA: Tak Mahu Buat ‘Gender Reveal’, Uqasha Senrose Pilih Doa Selamat
Menurut Uqasha dia sememangnya mengimpikan anak perempuan serta mahu melihat kebolehan suaminya untuk menguruskan cahaya mata mereka nanti.
Sementara itu, Kamal berkata dia tidak kisah mengenai jantina anak meskipun berharap anak sulung mereka adalah lelaki.
“Alhamdulillah, saya tak boleh berhenti senyum bila tahu jantina anak saya. Saya nak anak perempuan sebab nak tengok Kamal jaga anak perempuan itu macam mana,” katanya.
Dalam pada itu, Uqasha dan Kamal berkata mereka baru mengetahui mengenai jantina anak mereka pada acara berkenaan.
“Semua orang ingat kami sudah tahu, tapi sumpah kami tidak tahu dan sebab itu kami adakan majlis ini untuk kongsi bersama keluarga,” katanya.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Sebelum ini Uqasha mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
SUMBER: HibGlam