Uqasha Senrose Dedah Perangai Sebenar Pembantu Peribadi

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai laporan polis mendakwa pelakon wanita memukul pembantu peribadi baru-baru ini tular di laman sosial.

Menerusi laporan berkenaan pelakon yang dimaksudkan ialah Uqasha Senrose dan dalam laporan sama, sepupunya yang juga pelakon Aprena Manrose didakwa turut terbabit memukul individu berkenaan.

BACA: Laporan Polis Dakwa Artis Pukul Pembantu Peribadi Tular

Terbaru, menerusi perkongsian di Insta Story, Uqasha tampil mendedahkan sikap sebenar individu tersebut ketika menjadi pembantu peribadinya serta mempunyai bukti menjawab segala tuduhan wanita berkenaan.

Menurut Uqasha lagi, dia mengambil wanita itu bekerja tanpa bertanya mengenai sejarah lalu malah melayan dengan baik.

Uqasha turut mendedahkan sikap pembantu peribadinya yang sesuka hati masuk ke biilik tidurnya serta pernah memakai pakaiannya tanpa pengetahuan.

Bukan itu saja, Uqasha berkata bekas pembantunya itu juga sering mengadu domba mengenai bekas majikan untuk meraih simpati.

×