Sempena Ramadan kali ini, pelakon Zara Zya turut dilihat turun padang menjalankan perniagaan kambing perap di bazar Ramadan yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.
Memetik mStar Online, Zara berkata meskipun penat berniaga namun dalam masa sama menyibukkan dirinya daripada terlalu memikirkan mengenai kesihatan.
BACA: “Mungkin Ini Cara Allah Nak Hapus Dosa” – Zara Zya Reda Hidap Empat Sakit Kronik
Tambahnya lagi, dia gembira apabila dapat berjumpa dengan orang ramai sekaligus menaikkan semangatnya semula.
“Macam-macam saya lalui (mengenai kesihatan). Saya berniaga ini untuk naikkan semangat saya semula. Saya gembira jumpa orang (pembeli). Jadi, tak sia-sia (berniaga) walaupun penat badan,” katanya.
Sementara itu, Zara berkata dia berniaga di bazar Ramadan bukan kerana mahu mengejar keuntungan sebalikya mahu melihat orang gembira merasai produk jualannya.
“Saya bukan nak kejar untung, saya lebih mengejar kegembiraan orang bila Zara sama-sama turun padang, lebih nak orang rasa produk Zara sendiri,” katanya.
Sebelum ini Zara berkata dia reda dengan ujian Allah apabila diuji dengan empat penyakit kronik pada tahun lalu. Zara berkata sehingga kini dia masih keluar masuk wad namun meluahkan rasa syukur keadaan kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan serta fisioterapi.
SUMBER: mStar Online