fbpx

Ungku Ismail Ada Kualiti Suami Idaman Nad Zainal

Hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Nad Zainal berkata kebijaksanaan dimiliki Ungku Ismail merupakan salah satu kualiti suami idamannya.

Memetik Astro Gempak, Nad berkongsikan perkara itu ketika sesi siaran langsung bersama peminat. Katanya lagi, dia mengimpikan seorang lelaki yang bijak untuk menjadi ketua keluarga.

BACA: Sherry Alhadad Akui ‘Lost Contact’ Sejak Nad Zainal Kahwin

“Saya suka individu yang bijak, pandai bawa diri, seorang lelaki pandai agama dan menjaga solat… dia kena bijak, serba-serbi bijak. Kalau nak bandingkan saya yang bijak ini, dia kena lebih bijak.

“Saya dah bijak dah, dia kena lagi bijak daripada saya. Untuk jumpa lelaki yang lebih bijak daripada saya, susah. Untuk saya hormat seseorang itu, menjadi ketua keluarga itu, susah nak dapat ciri-ciri lelaki itu.

“Selalunya, ramai perempuan sekarang ini yang ambil alih tugas lelaki, mendominasi keluarga. Saya seorang wanita tradisional, jadi saya suka yang dominan, ada leadership,” katanya.

Dalam pada itu, Nad berkata suaminya itu seorang yang penyayang serta seorang yang selalu mengutamakan kedua orang tua. Kata Nad lagi, dia dan Ungku juga sekepala serta berkongsikan minat yang sama.

“Dia ada kualiti-kualiti itu dan sangat penyayang. Dia seorang suami, bapa dan anak yang baik. Itu sangat penting. Carilah bakal suami yang mampu menyayangi parents anda macam dia sayang parents sendiri.

“Itu yang saya jumpa pada Ismail. Kualiti-kualiti itu, alhamdulillah, ada. Tapi, nak cakap terlalu awal pun, memang terlalu awal sebab belum setahun lagi.

Ada banyak benda lagi tak kenal. Selain itu, kita sekepala dan kita suka makan dan berjalan. Carilah lelaki yang bijak, yang boleh melentur anda terutama awak ini jenis yang degil,” katanya.

Untuk rekod, Nad Zainal dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 29 Januari lalu dan bakal menimang cahaya mata dijangka pada pertengahan Oktober depan.