Unfollow Ibu Bapa Di IG, Marissa Dania Tutup Komen

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi didakwa sudah berkahwin di Songkhla, Thailand dengan lelaki yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Aslam.

Menurut sumber, pasangan itu dikatakan berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan dan keluarga Marissa.

BACA: Marissa Dania, Aslam Nikah Senyap-Senyap?

Hasil tinjauan mendapati Marissa tidak lagi mengikuti akaun Instagram ibu bapanya. Malah, selepas kecoh mengenai dakwaan tersebut Marissa bertindak menutup ruangan komen Instagram miliknya.

Sebelum ini tular apabila Marissa didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya sehingga bercerai namun pasangan itu rujuk semula dalam tempoh edah.

Sumber berkata lagi, kedua mereka kembali menjalin hubungan selepas kontroversi reda dan Aslam mengambil keputusan rujuk semula dengan isterinya

×