“Umrah Tangguh, Macam Kita Pergi Nak Buat Dosa”

Umum mengetahui kebenaran perjalanan umrah ditangguh sementara mulai 8 Januari ini susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah tanah air.

Perkara itu turut mendapat pelakon Syifa Melvin yang menyifatkan penangguhan tersebut bukan satu permulaan tahun baru yang baik buat dirinya yang sepatutnya ke Tanah Suci pada 20 Januari depan.

BACA: “Saya Janji Akan Jaga Keluarga Awak” – Syifa Melvin

“Ini bukan permulaan yang baik buat saya. Saya sepatutnya berlepas ke Tanah Suci dan menunaikan umrah pada 20 Januari depan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Syifa turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang menangguh ibadah umrah namun penerbangan ke negara lain dibenarkan.

“Perlu cucuk (vaksin) sehingga empat hingga lima kali ke baru nak lepas? Kalau pergi United Kingdom semuanya okey sahaja.

“Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicron apa pula? Kita tiada kuasa, jadi turutkan saja sehingga mencapai agenda mereka,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah dibuat berdasarkan kepada data dan statistik kes semasa yang diperoleh.

×