Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Dengan Aliff Aziz

Pelakon Ummi Nazeera menolak tawaran berlakon dengan aktor sensasi, Aliff Aziz demi menjaga perasaan orang sekeliling.

Memetik Kosmo, Ummu berkata meskipun pernah bergandingan dengan aktor itu dalam drama Dia Dari Syurga namun dia berbuat demikian kerana mahu mengelak dari menguris hati orang lain.

BACA: Ummi Nazeera Harap Netizen Tak Boikot Drama Dengan Aliff Aziz

“Saya memang selektif termasuk mengenai pelakon gandingan dan selama ini saya juga memilih hero saya. Sebenarnya, ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama Dia Dari Syurga.

“Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia. Bukan sebab dia ada buat salah dengan saya tetapi saya cuma mahu elak mengguriskan hati sesiapa,” katanya.

Sementara itu, Ummi berkata dia tidak pernah menghubungi Aliff namun sering berkomunikasi ketika penggambaran dan aktor itu juga sering meminta pertolongan dari segi lakonan.

“Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘overlimit’ melebihi had. Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Ummi berkata dia hanya mendoakan yang terbaik buat Aliff selepas terpalit kontroversi dengan beberapa pihak.

SUMBER: Kosmo

×