Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berkata ujian yang dilaluinya menyedarkan dirinya tentang siapa yang benar-benar ikhlas berkawan dengannya.
Menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, Fazura berkata ada individy yang dianggap rapat tidak bertanya khabar selepas dia melalui fasa perceraian.
BACA: “Iddah Tak Habis Lagi Nak Kahwin Macam Mana?” – Fazura Dilamar Ketika Live
Kata Fazura lagi, sebaliknya mereka yang jarang berhubung dengannya yang bertanya khabar serta memberi kata-kata semangat kepadanya.
“Ujian ini membuka mata saya tentang siapa kawan dan lawan. Siapa yang tak suka dan sebagainya.
“Orang yang selama ini baik dan rapat dengan saya tidak pernah bertanya khabar tetapi mereka yang jarang berkomunikasi sebelum ini adalah individu pertama bertanya khabar serta beri kata-kata semangat.
“Apabila ujian ini terjadi, Allah tunjuk perkara sebenar dan sangat terkejut tetapi tenang sebab dapat lihat siapa lawan atau kawan,” katanya.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 namun sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.