Sempena ulang tahun kelahiran ke-4 anak tercinta, Nur Fatima Aisya, pelakon dan usahawan Nur Fazura memuat naik ucapan yang menyentuh hati.
Menerusi perkongsian itu, Fazura menyifatkan Fatima seorang anak yang kuat dan tabah serta sering mempamerkan sifat empati.
BACA: Fasha Sandha Menangis Fazura Mahu Cerai
View this post on Instagram
“Fatima sayang, Mommy telah mendoakanmu sebelum awak lahir dan saya akan terus mendoakan sepanjang hayat. Fatima anak yang baik. Bukan sahaja mempunyai hati yang besar, kamu luar biasa kuat, tabah dan berdiri teguh pada apa yang anda mahu.
“Kamu selalu mengambil berat dan penuh empati terhadap semua orang yang temui terutamanya Mommy sebagai ibu,” katanya.
Sementara itu, Fazura berkata tiada parti hari lahir buat puterinya pada tahun ini dan mendoakan Fatima menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dalam apa juga keadaan.
“Walaupun tahun ini mommy tak dapat throw you the biggest private parties like I have in the past, tetapi yakinlah bahawa Mommy menyayangi awak lebih daripada yang boleh digambarkan dengan kata-kata.
“Bersyukur sentiasa wahai anakku sayang di dalam apa saja keadaan dan selalulah berterima kasih kepada ALLAH SWT dan hargai semua orang yang menyayangimu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fazura turut mendoakan agar anaknya itu dijauhi daripada manusia bernafsu syaitan dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
“I love you so much my baby girl, forever and always. Semoga Fatima terus membesar dengan sebaik-baiknya, dilindungi ALLAH SWT daripada manusia berhawa nafsu syaitan, menjadi anak yang solehah, sentiasa menyayangi diri sendiri dan berbuat baik kepada semua orang, berjaya di dunia akhirat,” tulisnya.