Tular Semula Video Suhaimi Saad Dedah Ina Naim Yang Melamarnya

Rabu lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian bekas penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad. Malah, banyak kisah kebaikan arwah dikongsikan di media sosial.

Sementara itu, turut tular semula video memaparkan arwah menceritakan mengenai kisah cintanya dengan isteri iaitu Ina Naim.

BACA: “Arwah Pernah Cakap Nak Hidup Sehingga Usia 43 Tahun” – Ina Naim

Menurut Suhaimi, Ina yang terlebih dahulu jatuh hati kepadanya ketika di awal perkenalan mereka. Katanya lagi, Ina yang melamarnya dahulu kemudian dia pergi masuk meminang.

@masthuramdali1

salam takziah buat Ina dan Anak2,last tengok live arwah asyik batuk2 dan nampak kurang sihat,semoga ditempat dengan org2 yang beriman Aaminn..

? bunyi asal – moksu – moksu

“Kebetulan lepas Ina putus tunang, saya pula putus dengan seorang pelajar universiti. Dah nak kahwin tapi mak dia tak setuju, mak dia tak suka artis.

“Ina berterus terang dengan saya, dia kata ‘Ina memang suka dekat abang’. Bukan saya yang melamar Ina, dia yang melamar saya kemudian saya pergi meminang ikut sunnah Nabi S.A.W,” katanya.

Menerusi video dikongsikan semula oleh pengguna di media sosial, Suhaimi berkata Ina berkata dia sukakan penyanyi itu kerana dilihat seorang yang menjaga solat serta pandai mengaji.

“Saya tanya kenapa suka saya? Dia kata sama macam Ina pilih tunang yang pertama dulu, bukan sebab harta tapi lihat kerbaikan yang ada pada saya.

“Pandai solat, mengaji…Saya terus teringat kata Nabi SAW, beruntung seseorang itu jika dia dipilih kerana agama. Kalau dia mahu kekayaan, dia tak akan pilih saya,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut menyifatkan isterinya itu seorang yang berani kerana memulakan langkah pertama serta yakin Ina memiliki ciri-ciri wanita solehah

“Dia bukan seorang perempuan materialistik, dia tak pandang harta, dia memang betul ikhlas sebab tu dia berani tanya saya.

“Saya nampak dia pakai stokin maknanya dia sanggup berubah. Daripada pakai seluar jeans tukar pakai kain, daripada pakai tudung singkat tukar pakai tudung labuh,” katanya.

Untuk rekod, Allahyarham Suhaimi Saad mendirikan rumah tangga bersama Ina pada 12 Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan 4 orang cahaya mata.

×