Tular Ibu Tunggal Dikata Dah Lama Terpisah, Suami Dedah Status Hubungan

Sebut saja nama pendakwah terkenal, Ebit Lew pasti ramai tahu dia yang akan menjadi individu terawal untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang kesusahan.

Baru-baru ini, tular mengenai seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak yang bekerja sebagai penghantar makanan dibantu oleh Ebit lew apabila pendakwah itu menghadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

BACA: Pengadu Takut Buat Laporan Polis, Anggap Ebit Lew ‘Orang Besar’

Menerusi perkongsian Ebit Lew, ibu tunggal itu menjadi penghantar makanan dengan berjalan kaki untuk menyara kehidupannya bersama anak perempuannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang anak yatim dan telah lama terpisah dengan suaminya dimana masih dalam prses mahkamah.

Bagaimanapun, diruangan komen, suami kepada wanita bernama Emy itu tampil menjelaskan bahawa mereka masih lagi suami isteri yang sah dan masih dalam proses mahkamah.

Menurut lelaki itu, dia dan lelaki itu masih lagi berhubung untuk sama-sama menguruskan anak mereka yang masih kecil. Katanya lagi, dia masih sayangkan perkahwinannya itu serta menganggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah.

Suami kepada wanita itu turut meminta agar orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka serta perkahwinan mereka akan terus bertahan.

×