Meskipun terpalit dengan kontroversi, pelakon sensasi Ruhainies berkata dia terima dan reda dengan segala dugaan dillaluinya kini.
Menjawab persoalan daripada pengikutnya di Insta Story, Ruhainies berkata dia tidak akan sesekali mengeluh dengan ujian Tuhan apatah lagi segala nikmat diberikan kepadanya sebelum ini.
BACA: Ruhainies Sedih Sebab Kecewakan Peminat Yang Sayangkannya
“Allah SWT sudah beri saya terlalu banyak rezeki, tawaran kerja, disayangi ramai, keluarga, kawan dan kesihatan yang baik selama 31 tahun ini.
“Allah baru uji ujian besar baru sekali, tak akan saya nak mengeluh. Saya terima dan reda serta bersyukur juga” tulisnya.
Menerusi entri itu, Ruhainies turut berkongsi potongan hadis berkaitan kekuatan diri setiap kali menghadapi sebarang kesulitan dalam hidup dan yakin bahawa ada rezeki yang sudah diaturkan untuknya.
“Dalam hadis ini juga disebut dua kali bahawa dalam setiap kesulitan pasti akan ada kemudahan. Saya percaya tiada yang sia-sia dan saya yakin pasti ada rezeki besar Allah sudah aturkan untuk saya. Tiada ribut yang kekal selama-lamanya,” tulisnya.
SUMBER: HibGlam