“Tudung Bawal Yang Biasa Singkat” – Fattah Amin Jual Tudung Labuh

Terbaru, pelakon popular Fattah Amin melancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu Tudung Azizah semalam menerusi TikTok miliknya dan jenama tudung tersebut diilhamkan daripada nama ibunya, Azizah.

Menerusi siaran langsung itu, sebanyak tujuh rekaan dilancarkan dan tudung tersebut dijual bersama ibunya Azizah dan dua adik perempuan iaitu Raihan serta Intan.

BACA: “Anak Merajuk Itu Normal, Kita Tak Boleh Jangka Apa Dia Cakap”

Menurut Fattah, dia memilih menjual tudung bidang 50’ kerana ibu serta adik-adiknya memakai tudung labuh dan ianya selari dengan ‘tagline’ mereka iaitu Menutup Aurat Dengan Sempurna.

“Saiznya lebih besar daripada tudung bawal biasa yang singkat. Saiznya saya rasa macam tengah-tengah sebab boleh dipakai oleh semua orang. Malah ramai juga yang minta saya keluarkan tudung saiz ini,” katanya

Ketika siaran langsung, Fattah sempat ‘mengusik’ dua adik perempuannya yang disifatkan sebagai pemalu apatah lagi pertama kali membuat live.

“Maafkan adik-adik saya, mereka penata gaya ‘beginner’. Terkebil-kebil nak pakaikan tudung pada ibu dan mereka kali pertama buat siaran langsung.

“Mereka pun memang susah nak bercakap, suara pun tak keluar ibarat dalam mulut ada berlian. Saya pun sebelum ini begitu juga tetapi selepas jadi pelakon, barulah banyak cakap,” katanya.

SUMBER: HibGlam

×