Pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun menegur tindakan segelintir wanita Islam agar tidakterikut dengan trend menari sebagai syarat menerima duit raya.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ turut mengingatkan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan sepatutnya menjadi lebih berakhlak.
BACA: Pakaian Keluarga Kak KM Ditegur Individu Bukan Islam, Ustazah Asma’ Beri Teguran
“Tolong fikir sebelum ikut ‘trend’ ambil duit raya kena joget, kemudian rakam dan muat naik. Ramai wanita Islam tua dan muda buat sama.
“Syawal ibarat mereka yang balik haji. Selepas sebulan Ramadan sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan normalisasikan,” tulisnya.
Perkongsian Ustazah Asma’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan teguran berkenaan apatah lagi ada wanita tua dan muda turut melakukannya.