Isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham iaitu Afreena Suhaimi meminta suaminya untuk terus bertahan selepas didakwa dengan pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Afreena berkata dia tidak pernah berhenti mendoakan buat suaminya serta berjanji akan berusaha membawa Along pulang ke rumah.
BACA: Along Cham Berang Petugas Media Ambil Gambar
“Saya tahu dan dapat rasa awak tak tidur dengan baik serta tidak selesa di sana. Takut, sedih dan perasaan yang bercampur-baur. Tolong bertahan, saya pasti akan bawa awak pulang ke rumah. Saya janji, kita boleh lakukannya sayang!” katanya.
Sementara itu, Afreena menganggap apa yang berlaku pada suaminya itu adalah ujian daripada Tuhan dan mereka akan kembali bersama tidak lama lagi.
“Saya terlalu penat sayang, ujian yang sangat besar daripada Allah SWT. Saya janji kepada awak, kita akan kembali bersama tidak lama lagi,” katanya.
Jumaat lalu, Along mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen dan Majistret Sepang atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis lebih 60gram.
SUMBER: Kosmo