Kumpulan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini dinobat juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.
Membawa pulang RM500,000 berserta trofi, TORO menewaskan empat finalis lain iaitu BORO (Achey, Atu dan Fad), PUTEH (Mamak, Vicha dan Ali), TOBAT (Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie Sharif), dan BAHYE (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic).
Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan PUTEH yang membawa pulang RM250,000 manakala tempat ketiga milik kumpulan BORO dengan hadiah kemenangan RM150,000.
Di pentas akhir semalam, kesemua peserta perlu membuat dua tugasan bertemakan Muzikal dan Bebas.
Sepanjang sembilan minggu, kesemua peserta diadili oleh juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.