Bagi sesetengah pasangan, keputusan untuk tinggal sekali bersama dengan mentua mungkin bukan pilihan. Bagaimanapun bagi Marsha Milan Londoh, dia sudah terbiasa dan selesa tinggal bersama mentua setelah hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga.
BACA: Marsha Akui Takut Untuk Tunaikan Umrah
“Sebelum bernikah, suami selalu membawa saya bertemu ahli keluarganya. Daripada situ, saya mula belajar membiasakan diri. Alhamdulillah, saya tiada masalah, sebaliknya gembira apabila ahli keluarga menetap sama”
“Bayangkan apabila 12 orang menetap di rumah yang sama, memang gamat jadinya. Apabila semua berkumpul, terutama pada musim perayaan, riuh-rendah dibuatnya” ,” katanya kepada BH Online.
Sementara itu ketika disoal tentang cahaya mata, Marsha menjelaskan bahawa dia dan suami menyerahkan perkara tersebut kepada rezeki Tuhan dan sentiasa beruasah ke arah tersebut.
“Belum ada rezeki lagi ke arah itu. Mungkin Allah mahu melihat sejauh mana saya bertahan mengharungi ujian hidup. Saya dan suami sentiasa bersabar, malah tidak pernah mengalah untuk terus berusaha.
“Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua, maklumlah sebelum ini, saya hampir sebulan tidak bertemu suami kerana sering berulang-alik ke Sabah untuk konsert dan promosi single terbaru,” kongsinya. (rtky/s)