Kalau korang nak tahu, baru-baru ni OPPO ada buat pre order untuk telefon pintar terbaru mereka iaitu OPPO Reno6 Series 5G dan Enco Air. Sambutan untuk pre order tu memang betul-betul wow, boleh dikatakan hanya dengan sekelip mata jer dah full list pre order .

Tapi kali ini, untuk dapatkan OPPO Reno6 Series 5G dah tak perlu masuk list pre order lagi dah. Korang boleh terus membeli pada 14 Ogos ini.

Paling best, korang siap boleh dapat hadiah percuma bernilai sehingga RM620 termasuklah 1 Year HeyTap Cloud Service with 1TB Storage Space, Powerbank, Bluetooth Speaker dan Smart Tag. Bukan tu jer, kalau korang jadi pelanggan pertama, korang siap boleh dapat giveaway yang lagi best dari OPPO iaitu Mighty Mug dan Culinary Set bernilai RM159.

Bukan tu jer, yang korang boleh dapat time membeli OPPO Reno6 Series 5G ni. Korang juga boleh enjoy dengan pesembahan dari Khai Bahar, Stacy, Wany Hasrita, Amir Masdi dalam Reno6 series First Sale ni.

Yang penting korang tak perlu pergi mana-mana, cuma on jer Facebook Rasmi OPPO dan kedai rasmi OPPO di Shoppee Live. Time ni korang akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik.

Kena tonton sampai habis tau untuk rebut peluang keemasan yang disediakan oleh OPPO ni. Mana tahu ada hadiah yang lagi best kan!

Banyak Ke GiveAway Yang OPPO Nak Bagi?

Of course lah banyak gila hadiah yang korang akan dapat bila korang join Reno6 series First Sale. Paling tak dijangka-jangka korang akan dapat OPPO Reno6 Z dan Enco Air. Dua barang ni sangat-sangat limited, jadi korang memang kena rebut dengan cepat.

Setiap produk OPPO yang korang grab nanti, korang akan dapat potongan harga yang kaw-kaw. OPPO akan memberi extra promo code yang berjumlah RM40,000! Macam OPPO Reno6 korang akan dapat RM200 off, OPPO Reno6 Z pula akan dapat potongan harga sebanyak RM150 dan Enco Air RM50 off.

Jadi sambil korang membeli tu korang boleh berhibur dengan persembahan selebriti kegemaran korang.

Kenapa OPPO Reno6 Z Ramai Sangat Peminat

Kalau korang perasaan, OPPO Reno6 Z ni ada ramai peminat termasuk lah selebriti kegemaran korang. Sebabnya telefon pintar ni mempunyai kuasa ajaib yang sangat power, antaranya gadjet ni adalah poket paling ngam untuk gambar portrait korang.

Nak tahu apa lagi yang ada pada OPPO Reno6 Z ni, jom layan sampai habis.

1. Visual Potret Lebih Menawan Dengan Fungsi Bokeh


Gambar potret korang akan lebih cun lepas ni dengan penggunaan bokeh ada kamera depan dan belakang OPPO Reno6 Z.

Dengan hanya satu klik, ciri ini secara automatik akan mengubah lampu pada latar belakang di tempat cahaya untuk jadi bokeh dan mencerahkan subjek potret. Teknik ini akan memberikan gambar yang super duper wow! Tak percaya korang kena cuba.

Bokeh Flare Portrait boleh digunakan untuk merakam pemandangan malam seperti pemandangan malam di bandar, makan malam yang romantis, pesta Krismas, atau pemandangan siang seperti tepi tasik, taman, hari hujan dan banyak lagi lah yang akan buatkan panorama korang nampak lagi cun.

Kiranya dengan Bokeh Flare Portrait yang ada pada Reno6 Z ni akan jadikan gambar korang sama macam guna kamera DSLR. Boleh lah acah-acah macam dalam studio.

2. Semakin Jelas Dengan Ultra-Clear 108MP


OPPO Reno6 Z dilengkapi dengan kamera utama resolusi ultra tinggi dan algoritma resolusi yang dapat menghasilkan resolusi gambar sehingga 108MP.

Dengan menggunakan OPPO’s exclusive Image Clear Engine dan color temperature sensor, dapat fokus daripada mula korang on kamera. Ciri ni dapat pastikan gambar pergerakkan cepat sentiasa jelas dan stabil.

Contohnya, gambar-gambar yang memerlukan pegerakkan, macam gambar candid si manja korang tengah bermain ker. Bila korang on jer mood ni gambar candid tersebut tak blur.

3. AI Palette

Ciri ini membolehkan korang copy gaya potret kegemaran korang dengan mudah ke foto dengan satu hanya klik. Paling best ciri AI Palette ni akan memberikan kawalan kreatif terhadap gambar korang sendiri.

4. Fungsi RAM Yang Besar

OPPO Reno6 Z dilengkapi dengan teknologi RAM Expansion yang dikembangkan sendiri oleh OPPO. Di mana dengan fungsi ini jika ruangan RAM korang dah full, korang boleh memilih untuk menukar sebahagian dari ROM yang tersedia menjadi RAM maya dengan menghidupkan fungsi “RAM Expansion”.

Ada 3 ruangan tambahan yang korang boleh adjust sendiri samaada 2GB, 3GB, atau 5GB. Jadi dengan fungsi ni korang dah tak perlu padam gambar selfie korang yang bertimbun tu guna jer RAM Expansion.

5. Air Gestures

Eksklusif untuk Reno6 Z korang boleh scroll phone korang tanpa perlu sentuh pun. Korang hanya perlu pergi ke butang yang ada pada bahagian tengah phone dan buat tanda isyarat naik atau turun untuk gerakkan page. Jadi time masak pun boleh lah layan resepi best. Yang penting phone tak kotor.

6. Enco Air

Kalau korang nak tahu OPPO Enco Air True Wireless Earphones ni adalah satu produk yang memang ngam dengan life style kita. Dari segi teknologi dia memang tak payah cakap lah, serba-serbi lengkap. Siap dengan saluran penambah bass khas dan pemacu titanium komposit 12 mm. Enco Air ini direka untuk memberikan kombinasi seimbang antara nada bass tebal dan kuat hingga nada treble, yang direka untuk memberikan pengguna audio yang lebih terperinci.

Paling best, kuasa pengecasannya sangat pantas dan tahan lama. OPPO Enco Air sangat sesuai untuk korang yang bimbang dengan jangka hayat bateri.

Okey! Berbalik dengan kata-kata kami yang Enco Air ni ngam dengan life style ni sebabnya reka bentuknya separa lut sinar, audio berkualiti tinggi dan kawalan sentuhan sangat mudah. Memang sesuai untuk korang yang gemar menggunakan Enco Air sebagai penghibur hari-hari korang.

Amacam best kan, apa yang ada pada OPPO Reno6 Z ni, siap ada Enco Air kalau korang rebut masa Reno6 series First Sale. Jadi jangan lepaskan peluang untuk rebut semua barangan OPPO ni. Save the date 14 Ogos ini jam 8 malam!

×