Suami kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawandha dipuji ramai apabila menemani isterinya menziarahi kubur Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menerusi perkongsian di Instagram, BCL dilihat ada memuat naik gambar menziarahi pusara suaminya meskipun sudah memulakan kehidupan baru bersama suami tercinta.
BACA: BCL Tak Mahu Anak Dengan Suami Baru
View this post on Instagram
Difahamkan semalam genap empat tahun pemergian arwah Ashraf yang pergi menghadap Ilahi pada 18 Februari 2020.
Diruangan komen, rata-rata peminat memuji Tiko serta menyifatkan lelaki itu adalah suami yang tepat buat BCL serta seorang yang memahami.
Terdahulu, BCL dan Tiko mendirikan rumah tangga disebuah majlis tertutup di sebuah resort mewah di Bali dan hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja pada 2 Disember 2023.